Pages

Friday, August 8, 2014

royanan

sekarang ini rasa mahu meroyan tentang semua benda.

tentang kebolehan tidur sepanjang hari yang semakin hilang.
sehari cuma tidur 2 jam itu pun terbangun-bangun. kepala mengantuk tapi mata tak mahu pejam. lepas tu mengamuk sana-sini dengan semua orang. rasa nak hempas barang. rasa nak tumbuk dinding. rasa nak cabut rambut sendiri satu-satu sampai botak. mata pula lebam macam panda.

tentang diet yang sia-sia.
penat-penat hilang sepuluh kilogram, sekarang dah naik 6 kg semula. tapi crew this shit saya kisah apa kalau saya gemuk ke kurus. skinny jeans? lantaklah. asalkan selesa. tak kisahlah kalau dah tak boleh sumbat diri dalam seluar saiz 4 mahupun 6 sekalipun.

tentang masa depan yang berlaku kejam dengan masa lampau.
tahun keempat, jadi sia-sia. beriya menabur janji dan putus sambung putus sambung. lama-lama habis begitu saja. semuanya sebab tak ada duit dan belum bersedia. kononnya banyak lagi tanggungjawab lain. tapi above everything, berpisah sebab tak ada duit itu pun sebab tak ada jodoh. kalau ada jodoh engkau miskin sampai tahap tidur tepi longkang pun, dia akan tetap bersama kau berkongsi angin malam buat selimut tidur sampai ke pagi.

tentang penat.
penat dengan semua benda. semua benda tak kena. semua benda tarik tenaga gila-gila sampai rasa macam nak mati.

tentang manusia-manusia yang pergi.
sampai tak ada lagi yang faham. jadi meroyan lah seorang.

Monday, December 16, 2013

bodoh betul budak gemuk itu.

hari  Ahad sedang perlahan-lahan merangkak masuk ke hari Isnin.

siang tadi, entah kenapa, aku tengok kembali album-album lama di facebook. dari yang tahun 2010, 2011, 2012 sampai lah ke awal tahun 2013. stalk diri sendiri, bukan selalu. setiap gambar, diberi reaksi berlainan oleh aku dan fikiran. ada yang buat aku tersengih seorang diri, ada yang menyebabkan aku buat poker face, tak kurang juga yang buat aku mecebik.

"i was so thin back then."

kritikan kepada diri sendiri. sekeping gambar dengan tulang pipi yang obvious, ya, itu gambar aku dua tahun lepas. dengan pashmina kelabu yang melekap di muka. nampak kurus, muka nampak flawless habis. nak bandingkan dengan yang sekarang, hmmppphhhh.

dan bila rasa nak kurus tu datang, serta-merta lah teringat seseorang tu, dan seseorang yang lagi satu. seorang lelaki, dan seorang perempuan kurus, bertulang pipi tersembul, dan ruang antara celah peha yang entah berapa banyak inci.

teka apa?

teka siapa yang bodoh pernah memperhamba diri sendiri di mangkuk jamban setiap hari selepas dia terlebih makan, semata-mata nak jadi kurus macam seorang perempuan lain yang pernah ambil kebahagiaan dia?

bodoh betul budak gemuk itu.

Monday, December 9, 2013

showw shuweet.

"cuba awak bayangkan
tiap-tiap hari awak bercakap dengan satu orang ni
tiap-tiap hari awak dengar suara dia
tiap-tiap hari dia tanya khabar awak.

tiba-tiba
satu hari dia hilang
awak cari dia, tak jumpa
awak tunggu dia, tak datang
awak rasa pelik.

rupanya dia dah tak ada.

apa awak rasa?"

"entah.
tak rasa apa-apa kot.
sebab,
entah."

dia tarik nafas dalam-dalam. mungkin saja jawapan pendek saya tadi buat dia rasa macam dia tak penting, tak berguna. atau mungkin sebenarnya saya memang sengaja untuk buat dia rasa macam tu.

"dah lah. tak payah nak berdrama sangat dekat sini.
jadi sebelum ada antara kita yang mati, apa kata kita tinggalkan je masing-masing?
kan lagi senang?
kurang sikit sakit daripada ditinggal mati."

"saya nak awak jadi kawan saya
selagi saya hidup.
please?"

saya diam. sudahlah. dah empat tahun dia bilang benda sama. hidup je sampai sekarang walaupun pernah curang dengan saya. hidup je sampai sekarang walaupun dah berjuta kali kata nak bunuh diri kalau saya tinggalkan dia. hidup je sampai sekarang walaupun pernah berkasih-kasihan dengan orang lain.

oh. mungkin orang lain itu bagi dia nyawa.

awwwwwh. shoo shweet.

Sunday, December 8, 2013

PUISI: Sayapatah



mereka kata langit itu tinggi
jadi aku latih kekuatan
tulang-tulang skapula kiri kanan
kumpul pelepah-pelepah kesanggupan
sayap-sayap harapan

pacakkan.
pasakkan.

ke dalam kulit-kulit kepatuhan.

biar.
biar darah aku mengalir panas
sepanas hati
bila rasa-rasa aku kau tak erti.

basah
sebasah pipi
bila jerih perih aku kau tak simpati

aku ini apa?

robot yang kau boleh program ikut suka?
atau
hamba abdi yang belum boleh merdeka?

tak apa...
mungkin saja aku diselamatkan Tuhan
untuk jadi kegembiraan

biar kau orang berdekah
biar aku terkerah
susah
payah.

dan akhirnya
yang tinggal untuk aku ini rasa apa?

rasa sayap patah?

Friday, December 6, 2013

pergi jauh-jauh.

hai.

5 disember di sini, 6 disember di sana.

sedar tak sedar, sudah empat tahun awak dan saya kenal dengan rapat, dicampur lagi 2 tahun masing-masing kenal nama dan rupa. saya kenal nama awak kerana rakan sekelas yang selalu sahaja menyebut nama awak. dan awak pula kenal nama saya kerana saya ialah fasilitator subjek fizik awak di sekolah.

sungguh saya tak pernah sangka, hubungan kita sepanjang ini. dua tahun habis di sekolah berasrama, saya tak pasti jika pernah sekali ada patah-patah kata dari mulut saya terus ke telinga awak, dan sebaliknya. rasanya tiada, kan?

sampai saat ini awak masih cuba tunjuk betapa mahunya awak lihat saya bahagia.
walaupun kesilapan-kesilapan yang lalu itu besar,
mungkin awak rasa ini boleh tebus kembali.

tapi mungkin bukan pada saya.
mungkin bukan rasa saya.

maafkan saya, sayang.
pergilah,
pergi jauh-jauh.