Pages

Friday, June 18, 2010

kenangan world cup ku

seperti yang kita sedia maklum, demam piala dunia yang diadakan 4 tahun sekali semakin membarah dalam kalangan rakyat Malaysia, sama ada yang betul-betul gila bola atau buat-buat gila bola. lihat sahaja di facebook, hampir semua muka bertukar menjadi jersi. mungkin facebook perlu ditukar menjadi "jerseybook" pada musim ini. ala, cakap orang, aku pun sama je. aku memilih jersi Germany :)
piala dunia. ramai yang sanggup bangun awal pagi, dan ada juga yang terus tak tidur untuk menontonnya. aku sendiri ada pengalaman begini. ingat lagi, masa tu aku form 2. di sebuah sekolah berasrama di selatan tanah air. (harap maklum, ini bukan sekolah berasrama penuh) di sekolah, pelajar-pelajar yang tidak tinggal di asrama, sibuk bercerita, semalam ni lawan ni, tu lawan tu. kami yang duduk di asrama ini pula geram je dengar. ceit. mentang-mentang kitorang tak boleh tengok :(
ketika itu, aku ialah peminat Germany juga. tahun tu ialah tahun pertama aku sebagai peminat jerman. selipar jerman. tshirt jerman. padahal di sekolah aku dulu, kami hanya dibenarkan memakai selipar jenama Osaki sahaja. tapi oleh kerana terlalu minatkan jerman, aku bawa juga selipar berbelang hitam, merah kuning itu. ich liebe dich bis sterbe mich, Deutsch. haha. masa tu tak silap aku, Germany nombor 4 kot (yeke?) alamak terlupa. haha. yang penting, final ialah France lawan Italy. rakan dorm ku ialah peminat Italy. bapanya membelikannya jersi Italy semata-mata kerana Italy dapat masuk final! aku pula memberinya kad top up Hotlink yang bergambar muka Nesta. ooops. terkantoi bawak handphone pergi sekolah :P
pada perlawanan final, kami, kaki kaki bola warga asrama puteri berpakat menceroboh bilik TV untuk menyaksikan perlawanan live france vs italy. kami turun senyap-senyap. rakanku, bersama jersi putih italy nya. sangat bersemangat. kami menonton dengan semangat juga! walaupun tiada satu gol pun yang bolos. ingat lagi masa tu, nak bersorak pun cover-cover, sebab bilik warden seberang je dari bilik TV.
ah dah start menguap. tiada gol pun. entah dah pukul berapa masa tu. 3 pagi, mungkin? tiba-tiba pintu bilik TV dibuka. satu lembaga bertelekung putih tercegat di tepi pintu. semua yang berada dalam bilik TV melopong. ternganga nganga. lembaga itu ialah Ustazah Izyani. dia mengarahkan kami mematikan televisyen. kami akur walaupun perlawanan final masih berlangsung. kami pun diceramah. katanya, waktu-waktu begini, apalah salahnya buat solat tahajud ke, solat hajat ke. ini tidak. terkinja-kinja dengan world cup. aku tak ada perasaan sangat sebab baru form 2. yang paling touching mungkin, kakak-kakak form 3, form 5 dan upper 6 yang akan menduduki peperiksaan besar tahun tersebut. kami mendengar ceramah itu dengan fikiran yang melayang mengingatkan bola.
sedang asyik ustazah berceramah, kami mendengar sorakan kuat dari blok asrama putera.
"GOOOOAALLL!!!!!!!!!!!"

ustazah pergi meninggalkan bilik tv. kami cepat-cepat menghidupkan tv semula. permainan sudah tamat. Italy menang. oh sedihnya. menonton sebegitu lama, akhirnya tak dapat juga tengok gol. :'( namun begitu, rakanku yang berjersi Italy itu masih boleh melompat kegirangan. tak sia-sia dia beli jersi. oops. bukan dia, tapi bapak dia.
esoknya kecoh. Zinadane Zidane tanduk Materazzi (aku tak tahu eja dia macam mana) aku yang tak berapa ambil tahu pasal nama-nama pemain, hanya menyebut insiden itu seperti ini - Zainudin tanduk Md. Razi (Md. Razi ialah nama Guru Penolong Kanan Kokurikulum sekolah aku) haha.
ok lah., tu je. bosan kan? hohoo. kau orang patut bersyukur dapat tengok world cup dengan senang lenang sekarang. bayangkanlah betapa peritnya perjuangan kami sebagai kaki bola di sekolah dulu... :')
Photobucket
harap insiden ni tak jadi lagi :)

No comments: