Pages

Wednesday, December 1, 2010

bukan neraka

aku genggam lagi tangan bekas kekasihku. sejuk. menggeletar.

"maaf. ini yang terakhir. mungkin?"

tiada suara. yang ada cuma esakan. sobbing kata orang putihnya. aku mengetap bibir. kemudian perlahan aku lepaskan tangannya.

aku mula langkah pergi. berat, entah kenapa. bak kata rakanku, seperti ada syaitan gemuk. ya, syaitan gemuk yang tak mahu aku pergi dari lembah cinta dosa ini.

bercinta, ber-couple itu dosa. kau tahu?

aku cuma tak mahu tambah dosa kau lagi. dosa aku juga. dosa aku berbakul. berdozen. mungkin jika guna kren juga tak mampu angkat bakul-bakul dosa aku. kau mahu?

aku tak mahu lihat muka kau lagi di neraka.

kalau ada masa pun untuk kita jumpa lagi,
aku tak mahu di neraka.













cukup di dunia,
atau mungkin syurga.
bukan neraka,
sayang.

No comments: