Pages

Tuesday, December 21, 2010

Mohawk Bo. 6

hari ini hari yang Borhan nantikan. untuk keluar dengan Halimah. mereka berjanji untuk keluar pukul 3 petang. sekarang pukul 2 petang. Borhan sedang menyikat rambut belah tepi di hadapan cermin. dengan tepekan kemas minyak rambut, dia menyapu minyak rambut tersebut dan menyikat lagi. berkilat rambutnya. kemudian dia memakai cermin matanya. cermin mata kesayangan. cermin mata ajaib.

cermin mata ajaib? kerana baginya semua cantik. melihat dari kanta itu. semua cantik. termasuklah Halimah.

dan seperti dijanjikan, mereka berjumpa di sebuah pusat membeli belah. ini semua mengikut rancangan rakan sekelas mereka, Taufiq dan Sarah. mereka sepasang hot couple di sekolah. dan mereka rapat juga dengan Borhan dan Halimah. Borhan yang beria-ia hendak mengikut mereka berdating. Taufiq membenarkan, dengan syarat tak kacau dia dan Sarah.

ok. pukul 6 petang nanti, jumpa dekat main entrance balik tau.

Borhan mengangguk. dan kemudian berjalan beriringan dengan Halimah. dari jauh, dia mengintai juga ke mana Taufiq pergi. oh... ke kedai aksesori wanita. Borhan nampak Taufiq dan Sarah membelek-belek rantai silver. dan dia mendapat idea.

Hayley, nak rantai?

Hayley membetul-betulkan cermin mata berat ke kedudukan asal. tak percaya.

Bo. nak belikan Hayley rantai???

Borhan tersengih-sengih kemudian menarik Halimah ke kedai yang disinggahi Taufiq dan Sarah tadi. kemudian dia menunjuk-nunjuk rantai silver kepada Halimah. cantik.

cantik, tapi Hayley tak suka yang feminine sangat.

oh kalau macam itu kita pergi tengok kedai lain lah.

mereka berjalan lagi. dan kali ini terlihat kedai aksesori juga. tapi aksesori yang err.. tak feminine. hiasan kedainya banyak berwarna hitam. dan Halimah menunjuk seutas rantai hitam berloket besi bulat. ganas. ganas untuk dipakai seorang perempuan seperti Halimah.

haaa... yang ini Hayley suka.

Borhan menelan liur. dan mengeluarkan beberapa not ringgit Malaysia.

No comments: