Pages

Sunday, April 11, 2010

aku dan sesuatu pt. 1

aku mengemas-ngemas segala buku dan kertas yg berada di meja belajarku. hari ini ialah hari terakhir aku berada di rumah ini. kenapa ya? sebab..aku dah dapat offer sambung belajar di sebuah kolej di melaka. aku rasa, tak perlu aku bgtahu nama kolej nya :)
tiba-tiba aku terpegang satu kertas berwarna hijau yg menarik perhatianku. aku tersenyum pada mulanya, tetapi selepas itu aku berasa sedih pula.
Azi, good luck SPM. Hope kite same2 dpt straight A. Syg kaw la :)

ya, begitulah yg tertulis pada kad hijau yg dipotong bentuk star itu. itu ialah dedication antara kelas yg telah dikirimkan oleh Ariq dari kelas 5B kepadaku. serta merta ingatanku kembali kepadanya...
tapi sebelum aku bercerita lebih lanjut tentang Ariq, aku lebih suka untuk menceritakan tentang siapakah diriku. sila baca ya :)

nama aku Azi. cukuplah Azi sahaja :) aku seorang bekas pelajar di sebuah sekolah berasrama di selatan tanah air. aku kelas 4A dan 5A (memandangkan tiada streaming klas, jd aku tidak berpindah kelas) di sekolahku selalu diadakan program rakan sebaya (lebih kurang mcm tu lah) yg melibatkan seorang atau 2 orang pelajar menjadi fasilitator dan kira-kira 10 orang pelajar lain sebagai mentee. konon-kononnya siapa yg jadi fasi itu budak pandai. ya, mungkin.. tp aku tak tahu pula kenapa aku boleh terpilih menjadi fasi. aku tak lah pandai sgt pun. huhu.. aku seorang yg low-profile (mungkin?) dan tidak aktif langsung dlm sukan. aku seorang yg gemuk (pada pandangan mataku) haha.. ya, sudah pasti tiada lelaki yg mahukan aku :)

Ariq, biar aku terangkan fizikalnya dahulu. dia tak hensem tapi dia comel. kulitnya cerah. dia tak kurus, tak gemuk, tak tinggi, tak rendah. semuanya biasa sahaja (walaupun aku mmg kene mendongak utk melihat mukanya) aku mula mengenalinya ketika program matematik tambahan (aku fasilitatornya) haha.. dia baik, peramah, kelakar.. dia juga tergolong dlm kategori pelajar bermasalah di sekolah. tapi sebenarnya dia ok (pada akulah) cuma mungkin caranya yg ganas menyebabkan cikgu2 cop dia sebagai budak nakal. ok, dia seorang kaki motor (mungkin boleh digelar mat rempit?) haha.. kami menjadi kawan baik selepas beberapa lama shj berkawan. mungkin kerana sifatnya yg suka buat lawak dan tak cakap belakang? ya, aku sgt selesa dgn sikapnya walaupun kadang2 menyakitkan hati..

di sekolah juga (dulu la) aku ada meminati seorang lelaki bernama Zack (bukan nama sebenar) dia hensem, aktif sukan (ragbi) wahh !! pasti kamu boleh bayangkan betapa tegapnya dia. ouhh.. buat kesekian kalinya aku mencair di sini (haha !) tapi tu cerita lama, malas nak ingat lagi.

oh ya, hampir terlupa untuk meneruskan cerita tentang Ariq, kad hijau dan segalanya tentang Ariq :)

(post seterusnya ialah dalam bentuk flashback. harap maklum)

1 comment:

♠AMMAR♠ said...

wahh.. sweetnye.. macam gula2.. XD