Pages

Sunday, April 11, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 2

cikgu, tolonglah.. saye taknak jadi fasi.. saye taktau sgt la addmaths ni.. kang
nanti tak pasal2 saye terbagi ajaran sesat kat diorang..

aku sedaya-upaya memujuk Puan Zuriah untuk memotong namaku dari senarai fasilitator. tolonglah. aku bukannya budak yg selalu score A1 dalam matematik tambahan. dan satu lagi, aku rasa Cikgu Shukri salah key-in markah ujian aku hari itu. aku sepatutnya dapat B3, tapi dalam internet cikgu tulis aku dapat A2. tak pasal-pasal aku ditarik untuk menjadi fasilitator.
tak boleh tukar.. awak kene try jugak..


aku sudah tidak mampu berbuat apa-apa. ya, salah aku jugak kerana tidak menolak tanggungjawab ini awal-awal. ini sudah minggu kelima aku terpaksa handle group addmath ku. aku termenung seketika mengenangkan apa yg bakal berlaku ketika program addmath yg bakal diadakan ahad ini (ya, ahad ialah hari matematik tambahan di dewan makan) aku bukan tidak pernah skip kelas itu, pernah.. tapi aku tidak mahu budak-budak group aku kutuk belakang. aku tahu ada yg tak puas hati dgn aku kerana aku kurang pandai drp mereka. ya, sepatutnya mereka yg jd fasi, bukan aku ! aku menggenggam kertas kerja matematik tambahan yg diberikan oleh Puan Zuriah tadi. mahu tidak mahu, aku terpaksa juga.. uhhh..

* * * * *

Azi, tolonglah. aku tak dpt lah soalan ni. kau kan fasi, mesti kau tahu..

aku tertenung-tenung kertas addmath itu. sumpah, aku pun tak tahu apa cara menyelesaikannya. aku hanya berdiam diri sehinggakan budak yg bertanya itu (wana) bosan menungguku.
"kau ni.. baik tak payah jd fasi,"kata wana.

kau ingat aku nak sgt ke hah? haihh.. aku hanya mampu berkata-kata di dalam
hati.

aku hanya berdiam diri, berdiri di sebelah kerusi wana ( fasilitator memang kena berdiri utk round tengok budak2 group) tiba-tiba aku terdengar suara dari balakangku.
alah..ni kacang je lah. nah, ambik kertas aku ni..

aku menoleh. itu Ariq, salah seorang mentee-ku. aku mengambil kertasnya..
ohh..macam ni ke?
aku tersengih.. ya, sekarang aku sudah teringat cara utk menyelesaikan soalan itu. dgn bantuan kertas Ariq, aku mengajarkan caranya kepada Wana. ya, wana berpuas hati dgn jawapan itu. tapi dia tidak puas hati kerana aku menggunakan jawapan Ariq, bukan jawapanku sendiri. tidak habis-habis dia mengomel "kanapa mesti Azi jadi fasi?"
huh.. lantak kau lah labu. yg penting soalan tu dah ada jawapannya.

selepas kelas berakhir pukul 10.30, aku bersiap-siap untuk balik ke dorm. memang sudah lama aku menanti detik pukul 10.30. orang lain juga sibuk mengemas barang-barang mereka, kecuali Ariq. aku memerhatikan sahaja Ariq asyik dengan buku latihan addmaths nya, kalkulator dan sebatang pensel.
apa kau, tengok-tengok aku? nak balik, balik jelah..

aku terkejut, tiba-tiba sahaja dia merenungku dan menyergah sebegitu rupa. slepas itu dia ketawa pula. oh, mungkin muka aku pucat disergahnya tadi. aku hanya tersengih, malu doe.. aku bertanya, kenapa dia tidak mahu balik dorm lagi? dia memberitahu bahawa dia ada kerja sekolah addmaths yg ingin disiapkan.
kalau aku buat kat dorm, jwbnye, buku ni yg mengadap aku..

begitu penjelasannya. ohh.. ok.. :)
neway,, Ariq.. thanx pasal tadi.. bengang je aku tak dapat jawab..

alah..small matter la.. lainkali kalau taktahu tanye aku, aku ni pakar addmaths
kau tahu? haha

uhh.. angkuh pulak budak sekor ni. tapi aku hanya tergelak mendengar statement nya tadi. dia pun gelak. belum sempat aku melangkah pergi,
eh. kau kelas 5A eh?

aku hanya mengangguk.
errr.. kenapa kau tanye?

saje,, aku kelas 5B =D


haha.. ade aku kesah ke? tapi aku hanya mengiyakan. oh, peramah jugak budak ni.. dah lama sebenarnya aku nak bercakap dgn dia, tp entahla,, tak ada point nak cakap lah. huhu..

* * * * *

ya, pada hari inilah aku start rapat dengan Ariq. setelah berkenalan dgn lebih lanjut, baru aku tahu rupanya dia sangat meminati subjek addmath (minat?!) pada ujian yang lepas, dia mendapat A2, tetapi katanya, di internet tertulis dia mendapat G9. (haha..dia gelak)

teruk cikgu ni.. ingat budak "baik" macam aku ni tak boleh dapat A ke?
underestimate aku ya.. tengok SPM nanti..

ya, dia sangat bersemangat dan seperti biasa, aku hanya mengiyakan apa yang orang cakap. menurutnya lagi, dia tidak kisah tidak tidur malam kerana membuat homework addmaths, tetapi kemudiannya tidur ketika subjek sejarah pada hari esoknya (ya, ini memang trend budak asrama, tidur)

..to be continued..

No comments: