Pages

Monday, April 12, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 3

waktu riadah (5.00-6.00 petang) selalunya waktu-waktu begini aku dan rakan-rakan dorm ku hanya berjalan-jalan keliling sekolah. kadang kala melepak di depan koperasi, membeli aiskrim dan segala macam jajan (makanan ringan) ya, ini mungkin salah satu sebab kenapa pelajar yg tinggal di asrama lebih cenderung untuk gemuk. haha. aku, seperti biasa, suka duduk di bawah sebatang pokok besar berdekatan koperasi. dari bawah pokok tersebut, aku dapat melihat dengan jelas kawasan padang ragbi sekolahku. oh, ya. mari aku terangkan. di sekolahku ada dua bahagian padang. padang ragbi, dan padang bola sepak. kawasan yg selalu menarik perhatianku ialah padang ragbi. lebih-lebih lagi pada musim-musim begini (bulan februari hingga april) kerana budak-budak ragbi sibuk mengadakan latihan. kenapa aku suka tengok padang ragbi? jawapannya, sudah pasti lah kerana ada seseorang yang aku suka di sana. namanya Zack (bukan nama sebenar). dia pelajar kelas 5G (tolong jangan anggap kelas ini teruk, semua kelas sama kerana kami tiada class streaming) salah satu sebab kenapa aku suka padanya ialah rambutnya. rambutnya kerinting. haha. mungkin agak lawak dan pelik untuk meminati seorang berambut kembang dan kerinting. tapi aku peduli apa??

sesekali aku mengalih juga pandangan ke padang bola sepak di sebelah kiri. kelihatan Ariq berlari-lari dan menendang bola. sesekali terlihat juga dia menarik-narik kolar baju pemain lain dan mengacukan penumbuk. haha. dia memang begitu, suka bergurau. kadang kala gurauannya menakutkan aku. bayangkanlah, dengan aku juga dia pernah mengacu penumbuknya. tapi selepas melihat mukaku pucat ketakutan, dia ketawa. ya, satu kepuasan baginya bila dapat menakutkan orang. kejam betul.
"oi, Azi ! exercise lah wei.. macam mane nak kurus kalau asyik melantak kat
ko-op je"

suara pekikan datang dari padang bola sepak. mukaku merah. aku menjeling ke arah pemilik suara garau itu, Ariq. haih.. memalukan aku aje lah. Ariq hanya tergelak bersama rakan-rakannya melihat aku yang kemalu-maluan di bawah pokok. (secara tidak langsungnya aku menjadi famous dalam kalangan rakan-rakannya.. haha) aku tersengih-sengih. Ariq pula berlari-lari anak ke arahku. dia kemudiannya duduk di bangku sebelahku, di bawah pokok besar itu juga.
"kau skodeng sape ar, kat padang ragbi tu?"

"eh.. mane ade sape-sape.. pandai-pandai kau ajela, Ariq.."

Ariq tergelak besar. aku dapat rasakan mukaku panas, merah. Ariq mengusikku lagi.
"kau tengah usha 'maggi kembang' tu ke? aku tau la. tak payah nak berdalih-dalih
dengan aku. aku i Ariq lah.takde sape boleh tipu aku tau," kata Ariq sambil
mendabik dada.

aku mencebik. bajet betullah kau ni, Ariq. tapi memang betul katanya, aku sedang memerhatikan budak 'maggi kembang' itu. haha. Zack si 'maggi kembang', kerana rambutnya. aku tergelak kecil.
"bahagie giler muke kau tengok dier main.. aku yg main bola kat sane tu, kau
taknak tengok pun.."

"haha.. asal kau ni, Ariq? tak memasal nak touching2.."

Ariq hanya diam. kemudian dia bangun dari bangku. rakan-rakannya memanggilnya ke padang semula. aku pula melihat jam di tangan. pukul 6 petang.
"mok.. kau gi lah makan. aku tau kau dah kebulur. aku nak sambung main bola
ni.."

aku hanya mengangguk. aku dan rakan-rakanku mula bergerak ke dewan makan. aku berjalan cepat kerana perutku sudah mula merakamkan album. kruk kruk.. kruk krukk..

* * * * *

malam. kelas prep macam biasa. tapi malam ni rasa macam tak biasa je. kenapa? sebab aku asyik nampak Zack lalu lalang di depan kelasku sejak pukul 8 tadi, sehingga sekarang (8.30) aku taktau lah kenapa aku rasa seram sejuk aje bila tengok dia. dan aku dapat rasakan dia memerhatikan aku. bunyinya macam perasan, tapi aku rasa betul, dia tengok-tengok aku. ketakutan aku terjawab apabila tiba-tiba pintu kelas diketuk dan...

"boleh jumpa Azi?"

berderau darahku dan segala rambut yang ada pada badan terasa berdiri (uiks?) aku menoleh ke arah Zack yang menungguku di depan pintu kelas. dia tersenyum (oh tidak ! aku cair..) aku berdiri dan berjalan ke arahnya.
"ade ape, ye?"

Zack tersenyum. di tangannya ada sekeping kertas putih, bertulisan biru. aku cuba mencuri tengok apa kandungannya tapi sayang, mataku rabun dan aku tak pula memakai spek (cermin mata). tanpa dipinta, Zack menyerahkan kertas itu kepadaku.
' Kembang, saya suka awak. sori saya taktahu nama betul awak. sekian terima
kasih -daripada: Azi, kelas 5A'

mukaku merah. oh..inikah sebab kedatangan Zack ke kelasku. oh tidak. suspek utamaku ialah Ariq!! aku dapat bayangkan tanganku mencekik batang leher Ariq dan menghantukkan kepalanya ke dinding. malunya aku !!
"so..betul ke yang...."

"tak.. ni bukan saye tulis.. takde.. saye tak tulis.."

Zack tersenyum menampakkan lesung pipitnya. oh.. macho.. sweet.. aku cair lagi !!
"tapi.. if tu bukan awak buat pun.. ape salahnye kan.."

aku buat muka pelik. apa maksud si kembang ni?
"maksud sayer,, hurmm.. susah nak cakap la. tapi, actually.. saye memang suke
kat awak ni. thats why sayer excited bile dapat surat ni then gi cari awak..
um.. boleh kite kenal-kenal?"

sumpah mukaku bertukar menjadi warna cili. darah naik ke muka. malu. gembira. bak kata warga sekolahku, "aku rasa macam nak 'burst' " dan inilah yang aku sedang rasakan. tiba-tiba aku terasa ingin berterima kasih kepada Ariq yang menyampaikan salam cintaku kepada Zack. oh. terima kasih, Ariq :) kau memang kawan baikku. haha.

* * * * *

"best berdating depan kelas?"

tanya Ariq ketika aku dan dia mengulangkaji bersama beberapa rakan lain di library pada sabtu petang. aku buat muka pelik. Ariq tersengih.
"maggi kembang lah.."

muka pelikku bertukar menjadi muka geram pula. aku mengambil pensel tekan-tekan ku dan mengacunya ke arah muka Ariq. aku rasa nak cucuk je muka dia ni ! Ariq ketawa kecil dengan matanya mengecil. sepet.
"ey Ariq. kau yang anta surat layang tu kat dia kan?? baik kau mengaku"
suaraku slow, tapi aku dapat rasakan ketegasan dan rasa geram yang ku
tahan-tahan.
Ariq ketawa lagi. kali ini lebih kuat sehingga beberapa pelajar lain tertengok-tengok ke arah kami. Ariq hanya memandang orang-orang yang buat 'muke badi' kepada kami dengan muka seposennya.
"sori semue..hee hee hee.." kata Ariq dengan sengih yang masih melekat.

"janganlah marah.. aku cuma jadi penyampai berita gembira je. see? sekarang dia
dah melekat kat kau kan? so..kite enjoy !!" Ariq meniru gaya Nora Danish.

aku mencebik. tolonglah Ariq. kau tak secomel Nora Danish untuk melakonkan watak itu. aku malu lah. ape lah budak sekor ni. suka sangat buat benda tak fikir buruk baiknya. memanglah sekarang aku dah tau bahawa Zack juga suka aku, tapi.. memalukan.. huhu.. aku kembali mengulangkaji. tiba-tiba seorang pelajar lelaki berbadan besar datang ke arahku. sambil mencampak sekeping kertas, dia kemudian berlalu sahaja. aku membuka lipatan kertas itu
'jumpa kat fishpond. ahad. 10 pagi. -Zack-'

OMG (oh Mak Gayah) !!

(to be continued)

No comments: