Pages

Tuesday, April 13, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 4

Ahad, seperti biasa, riadah 7.00-8.00 pagi. kemudian aktiviti disambung dengan kelas matematik tambahan di dewan makan. ya, aku yang memang dari awal lagi tidak bersemangat menjadi fasilitator, tanpa disangka masih bertahan sehingga hari ini - bulan mac. kelas ini biasanya berlangsung selama kira-kira 2 jam iaitu 8.30 hingga 10.30 pagi. aku teringat akan surat daripada Zack yang meminta aku untuk ke fish pond pada jam 10. macam mana ni? Zack takpergi kelas addmaths ke?

oleh kerana sudah menjadi tanggungjawab, aku tetap juga pergi ke kelas addmaths sementara menunggu jam 10. kira-kira pukul 9.50, aku mula mengemas-ngemas beg. aku mesti berada di fish pond pada 10pagi. excited ! siapa tidak gembira jika lelaki pujaan mahu bertemu.
"kau nak ke mana, Azi?" tanya Ariq apabila melihat aku sibuk mengemas alat
tulis.
aku hanya berdiam. aku terus mengemas lagi barang-barangku. selepas sudah siap, aku menoleh ke arah Ariq.
"aku ada hal."

setibanya aku di fish pond, Zack sudah menungguku. apabila aku bertanya mengenai kelas addmaths, dia menjawab :
"ala..bosan lah. belajar sendiri jelah nanti.."

aku hanya diam, tersenyum. oh.. sumpah aku control ayu masa tu. Zack juga tersenyum.
"awak, boleh tak kalau saya nak couple dengan awak? saya dah lama minat awak
taw. sejak form 4. boleh la, ya?"

aku terdiam. mukaku merah. Zack tersenyum.
"please.. sayang ?"

ouh.. tolong . aku tidak dapat berfikir apa-apa lagi masa itu. sangat gembira, bangga. aku memang menantikan perkataan itu keluar dari mulutnya. aku tersenyum, Zack juga tersenyum. tangannya menghampiri tanganku dan..
"oi. buat ape ar kat sane?!"

aku dan Zack terkejut. aku mencari-cari arah datangnya suara tersebut. kelihatan Ariq tercegat dalam jarak kira-kira 2 meter dari kami. mukanya merah, mungkin menahan marah. aku terdiam. Zack pula menghampiri Ariq.
"kau nak ape? nak jadi reporter cikgu ke?"

Ariq diam, tersenyum sinis. kemudian dia ketawa kecil.
"kalau tibe-tibe ade cikgu tahu pasal ape yang berlaku hari ni (aku dan Zack
dating), siap kau, budak ! " Zack mengugut Ariq.

Ariq langsung tidak mengendahkan kata-kata Zack. dia memandang tajam ke arahku. aku menjadi serba salah.
"kau.. kau kan fasi.. suka-suka je tinggalkan group kau.. dah la pegi berdating
kat sekolah. aku dah agak dah, mesti kau ke sini punya.."

aku terdiam lagi. tak tahu apa untuk dikatakan.
"ey, kau jangan kacau lah. kau pegi jelah ajar budak group kau tu kalau kau
bersemangat sangat nak belajar," kata Zack kepada Ariq.

Ariq menggenggam penumbuk. ya, aku dapat lihat penumbuknya digenggam kemas, tapi beberapa saat selepas itu dia membuka penumbuk itu semula. cool. aku hanya diam membatu. aku tidak tahu apa yang harus aku lakukan. tiba-tiba Ariq menarik tanganku (ade alas baju la woi) dan memaksaku balik semula ke dewan makan dengannya. aku terpaksa beralah.
"kau, kembang.. jangan kacau Azi.. dia nak belajar. tahun ni nak SPM. kau, nak
fail SPM, fail lah sorang-sorang. jangan bawak kawan aku ni fail same-same
dengan kau. ok?"

Ariq terus membawaku ke dewan makan untuk menyambung kelas addmaths. aku memandang ke arah Zack yang masih berdiri di tempatnya tadi. Zack...

* * * * *

"Azi, aku nak minta maaf pasal semalam.." kata Ariq pada waktu riadah.

ya, seperti biasa aku masih di bawah pokok besar yang sama setiap kali waktu riadah. Ariq datang kepadaku hari ini, untuk meminta maaf. pada aku, Ariq tidak salah. tapi, hatiku sakit juga kerana dia mengganggu pertemuan aku dan Zack.
"takpelah, Ariq. aku tahu niat kau baik.." kataku ringkas.

Ariq tersenyum. aku pula masih dengan wajah muramku. Ariq cuba membuat beberapa lawak untuk menghiburkan aku, tetapi satu pun tidak berjaya. ya, mungkin agak kejam. tapi, nak buat macam mana. aku memang tiada mood. aku pun terus meminta diri tanpa menghiraukan Ariq yang tidak henti-henti cuba membuatku ketawa. dan ketika itu, aku dapat melihat wajah Ariq kecewa, sedih.. aku terus melangkah menjauhi pokok besar, di mana Ariq masih berdiri di situ. kenapa dengan aku ni?

aku terus sahaja pulang ke dorm, tiada selera untuk makan. entahlah. aku begitu kecewa dengan sikap Ariq yang padaku, menyekat kebahagiaanku. kenapa Ariq ni? sebelum ini, kami berkawan baik. dia selalu menyokongku dalam apa jua yang aku lakukan. dulu pun, dia yang beria-ia benar mengejek-ejek aku dengan Zack. buat gosip tentang aku dan Zack. tapi sekarang, bila Zack sudah betul-betul mahukan aku, Ariq pula menghalang. apa masalah kau, Ariq?

tapi sebenarnya, ada sesuatu yang aku rahsiakan dari Ariq. sebenarnya, sejak kes "surat layanag" itu, setiap hari Zack datang ke kelasku, pada waktu prep petang dan malam untuk berjumpa denganku. bukan itu sahaja, Zack juga dengan mudah meminjamkan telefon bimbitnya kepadaku dengan alasan lebih mudah untuk berhubung. selepas insiden semalam pun, sebenarnya aku masih lagi berhubung dengan Zack. tidak keterlaluan agaknya untuk aku katakan, sebenarnya aku sudah gilakan Zack, lebih dari apa yang mungkin Ariq sangkakan. Ariq, aku minta maaf kerana merahsiakan ini daripada kau. aku tak nak kau tahu tentang ini, kerana aku tahu, kau tak suka aku berkawan dengan Zack. kan?

*to be continued*

No comments: