Pages

Saturday, April 17, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 5

(permulaan entry ini menggunakan sudut pandangan sebagai penulis yg tiada kaitan dengan cerita. harap maklum)

"wah.. hot kot minah ni? apsal boleh dapat kat kau plak, Zack?" kata Fakhrul,
rakan Zack sambil membelek-belek telefon bimbit Zack yang sedang memaparkan
gambar Azi.

"biasalah, aku.. perempuan tu yang gilakan aku. aku layan je lah," jawab Zack
dengan muka riya' nya.

Zack dan rakan-rakannya ketawa serentak. Zack menceritakan segalanya tentang hubungannya dan Azi. sebenarnya, dia bukanlah betul-betul cinta dan sayang kepada Azi. dia hanya mempermainkan Azi, tanpa Azi sedari.
"Zack, share lah dengan kitorang.."

"share? ok je. kau orang nak bila? aku no hal je," kata Zack sambil ketawa lagi.

"Azi ni macam mane ek orangnya, Zack? senang tak agaknye nak bawak merempit?
kuat membebel tak?" Fakhrul sengaja menanyakan soalan-soalan itu.

Zack dan rakan-rakannya ketawa lagi. dalam fikiran mereka, bodohnya Azi. senang sangat dipermainkan Zack. tiba-tiba Ariq terdengar suara mereka ketika melalui kawasan tangga tempat mereka berkumpul.
"Azi? diorang cakap pasal Azi?" Ariq tertanya-tanya di dalam hati. "tak boleh
jadi. aku kena bagitahu kat Azi.."


* * * * *

"Azi..aku cakap betul ni. aku dengar sendiri diorang sebut-sebut nama kau,"
kata Ariq ketika dia berjumpa dengan Azi selepas waktu sekolah tamat.
"sebut nama aku? wah, famous nya aku.."
"Azi, sedarlah.. Zack main-mainkan kau. aku tak nak kau..."

"apa kau cakap ni?! jangan nak memandai-mandailah Ariq! aku tahu kenapa kau tak
suka sangat aku kawan dengan dia. sebab kau jealous kan? kan?!!" Azi menengking
tanpa sempat Ariq menghabiskan kata-kata.

Ariq terdiam. dia memandang lantai. Azi pula merenung muka Ariq dengan pandangan tajam.

"a'ah.. memang aku jealous sangat kau couple dengan dia. puas hati kau, aku
dah mengaku?"

Azi terus merenung Ariq yang asyik menunduk.
"kau nak jealous kenapa? kau tu siapa? ada kaitan ke dengan aku?" Azi masih
bercakap dengan suara tinggi.

Azi terus mengangkat beg nya dan berlari keluar dari kelas. Ariq cuba mengejarnya, tapi membatalkan niat itu kerana tidak mahu sesiapa melihat adegan tersebut. Ariq pun melangkah perlahan, keluar dari kelas 5A. tiba-tiba..

"hai, kawan.."kata Fakhrul yang diiringi dua orang pelajar lain iaitu
Syafiq dan Saufi.

"kau nak apa?" kata Ariq yang sebenarnya sudah mengetahui, sudah pasti mereka
mencarinya kerana kes curi-curi dengar percakapan mereka tentang Azi.
"kau nak jadi hero eh? nak selamatkan Azi? huh.. sekarang, selamatkanlah diri
kau dulu."
sebiji penumbuk kiri Fakhrul hinggap di hidung Ariq. Ariq yang memang sudah biasa dengan keadaan seperti itu terus membalas balik. penumbuknya tepat di perut Fakhrul. terlalu kuat, sehingga Fakhrul tidak mampu melawan. giliran Syafiq dan Saufi pula membelasah Ariq. Ariq tidak mampu untuk melawan lagi kerana dia dibelasah oleh 2 orang pelajar, budak ragbi pulak tu..

"apa kecoh-kecoh ni? ikut saya ke pejabat. sekarang !!!"

* * * * *

"Ariq yang mulakan, cikgu."

"cikgu, takkanlah saya seorang nak cari gaduh dengan mereka 3 orang? tu namenye
menempah tiket ke hospital !" kata Ariq, mempertahankan diri sambil mengesat
darah yang keluar dari hidungnya.

"dia tumbuk Fakhrul dulu, cikgu. kami cuma nak tolong Fakhrul," kata Syafiq.

Saufi pula hanya diam. menjeling ke arah Ariq dan tersenyum sinis. dia suka melihat Ariq dimarahi pengetua, iaitu bapanya sendiri.
"Ariq, awak memang dah banyak rekod bergaduh pun. lagipun, takkanlah anak
saya yang cari gaduh dengan awak. saya kenal anak saya. dia takkan buat macam
tu," kata Encik Sahbudin, pengetua sekolah mereka.
"memanglah. tapi kali ni, bukan saya yang mulakan," kata Ariq.

"sudahlah. saya rasa tak guna sekolah ni nak simpan orang macam awak.
menyusahkan saje," kata Encik Sahbudin lagi.

Ariq terdiam. sepucuk surat dicampak ke arahnya.
"tu surat berhenti awak. berkuatkuasa isnin depan. tapi, kalau awak rasa
nak
keluar esok, itu lebih baik."

Ariq mengutip surat tersebut. sambil mengucapkan terima kasih, dia berjalan keluar dari pejabat pengetua. dia terus pulang ke dorm dan mula mengemas barang-barangnya.

"Ariq, kau nak pegi mana?" kata rakan dorm Ariq, Hafiy.

Ariq tersenyum tawar sambil menunjukkan surat berhenti sekolah kepada Hafiy. terbeliak mata Hafiy membacanya.
"apa kau buat lagi ni, Riq.."

"aku gaduh dengan anak Bangdin la.. kawan-kawan si maggi kembang tu."

"Saufi tu? budak-budak ragbi tu? kenapa?"

Ariq mengeluh. kemudian dia diam. dia terus mengemas barang-barangnya lagi.
"nothing," kata Ariq sambil tersenyum =)


* * * * *

"kapten, betul ke kau nak keluar?" tanya rakan Ariq, Adam ketika mereka selesai
berlatih bola sepak pada petang tersebut.

Semua pemain bola sekolah berkumpul di tempat Adam dan Ariq berdiri. masing-masing bertanya sesama sendiri. Ariq tersenyum.
"yup,, aku nak keluar. petang ni last la aku main bola dengan kau orang ni
semua.."
"siapa nak jadi kapten nanti.."kata seorang pelajar Tingkatan Empat.
Ariq ketawa kecil. dia berjalan ke arah budak itu, Shukri, lalu menumbuk di bahagian bahu.
"relax lah. kau mesti happy kan bila aku takde. sebab aku selalu buli kau,"
kata Ariq dengan tenang.
Shukri hanya diam.
"ok lah, korang. good luck untuk pertandingan next week. kapten baru korang,
Hafiy..."

Hafiy terkejut lalu pergi ke arah Ariq.
"kau ni.. suka-suka je.." kata Hafiy, marah.

"sebenarnya, aku bukan saje nak suruh kau jaga team kita. ada benda lain lagi
yang aku nak suruh kau jaga," kata Ariq.

"apa dia?"

"jagakan Azi untuk aku.."

(to be continued)

No comments: