Pages

Tuesday, April 20, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 6

Ariq sudah tiada di sekolah. maksudnya, tiada siapa lagi yang akan mengganggu aktiviti aku dan Zack. pada minggu pertama ketiadaan Ariq, aku sangat bahagia. aku boleh "berdating" dengan Zack setiap masa. pagi, petang, siang, malam. mungkin ramai yang tidak suka melihat, tapi mereka tidaklah seperti Ariq yang berani menegur segala kelakuanku yang tidak sedap pada pandangan matanya. entahlah. masuk bulan julai, aku mula merindui Ariq. apalah agaknya yang sedang Ariq lakukan sekarang kan...



pada cuti pertengahan penggal, aku pulang ke rumah. oleh kerana cuti agak panjang, aku dan Zack bertemu di luar. kami berjumpa di taman tepi laut, dekat dengan rumah Zack.

"sayang, awak termenungkan apa ni?" tanya Zack, mematikan terus lamunanku
terhadap Ariq.

aku hanya tersenyum.


"takde pape"



"awak ingat kat Ariq eh?"


aku diam dan merenung muka Zack. alamak, habislah aku. mesti Zack marah kerana aku tidak mampu untuk melupakan lelaki yang sering menjadi penghalang antara kami. kemudian aku tunduk. tidak mampu untuk membalas pandangan mata Zack.


"awak. awak ni girlfriend saye. hak saye. saye tak suke awak ingat-ingat lelaki
lain. lebih-lebih lagi si Ariq tu. awak, lupakanlah Ariq tu !" kata Zack.


aku hanya mampu terdiam, tiada kata. aku cuba untuk mencapai tangan Zack, dengan harapan dapat menenangkannya. namun, dia menepis tanganku. tiba-tiba, rakan-rakannya yang lain pula muncul. seingat aku, ada lebih kurang 5 orang.


"saye boring lah dengan awak ni. so, saye rase, better saye pass je awak ni kat member-member saye.."


aku terkejut mendengar ayat yang keluar dari mulut Zack. sampai hatinya meluahkan kata-kata sedemikian kepadaku. dia tidak pernah bercakap kasar denganku sebelum ini. aku hampir menangis. aku sangat takut apabila salah seorang rakan Zack tiba-tiba memegang kuat tanganku dan menarikku supaya mengikut mereka. oh Tuhan. tolonglah aku. aku dibawa ke sebuah rumah.


"ape kite nak buat dengan perempuan ni, Zack?" tanya Saufi, rakan Zack yang
memegang tanganku.



"entah. aku rase, boleh buat duit kot."



"eh Zack.. kalau yang ni, bukan buat duit. buat anak boleh la.."


seluruh rumah bergema dengan ketawa mereka. aku semakin takut. badanku menggigil. aku tidak tahu apa yang harus kulakukan ketika itu. zack merapatkan mukanya dengan mukaku. dia kemudian tersenyum.


"buat duit..."




* * * * *



pranggg !!


"kau dah kenape.. pegang tutup periuk pun dah tak kuat? nasib baik la
benda tu besi. kalau kaca?" tanya kakak Ariq, Aifa apabila melihat tutup periuk di tangan Ariq terlepas dari pegangan dan jatuh, hampir mengenai kakinya.



"oh, sorry, kakak..."


Ariq tidak jadi hendak makan. dia terus naik ke biliknya. dia dapat rasakan sesuatu yang tidak baik. tidak sedap hati. dia mencapai telefon bimbitnya lalu mendail nombor Hafiy, rakan baiknya.


"helo, Bro.. ade ape call aku ni?"



"aku tak sedap hatilah. kau kat rumah ke?"



"ha'ah lah. kan cuti ni. kau mesti nak tanye pasal Azi kan? humm.. yang aku tau,
selalunya time cuti macam ni, mesti dia pergi dating."



"ok. terima kasih."


tuuuut...


"oh cilanat. terus letak," bebel Hafiy.


Ariq termenung seketika. jika sebelum ini ketika dia di sekolah dia dapat rasakan di mana Azi berada dan apa yang Azi lakukan dengan bantuan deria keenam (sixth sense) nya. dan sekarang, dia cuba untuk melakukan perkara yang sama. seketika kemudian, dia dapat merasakan bahawa Azi dalam bahaya dan berada di suatu tempat yang tidak berapa jauh dari rumahnya juga. Ariq terus mencapai helmet dan kunci motor nya lalu menunggang ke tempat yang dirasakannya..Azi ada di sana..

*to be continued*

No comments: