Pages

Monday, May 3, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 7

"ni barang baru. aku bagi la 400 satu malam.ok? harge kawan-kawan ni..maw ka
tamaw?"

seorang lelaki bernama Ali melihat Azi dengan mata tidak berkelip. dia kemudian mengeluarkan beberapa keping not 50 ringgit dari dalam beg duitnya. dia menghulurkan wang tersebut kepada Zack. Zack tersengih. Azi pula semakin takut dan menggigil-gigil. tangannya dipegang kuat oleh Zack.
ketika Zack ingin mencapai duit di tangan Ali, tiba-tiba beberapa buah motosikal memecut laju ke arah mereka dan seorang daripadanya merampas wang tersebut. motor-motor tersebut kemudiannya berhenti tidak jauh dari tempat Zack dan rakan-rakannya berkumpul. kira-kira 5orang semuanya.
penunggang yang merampas duit tadi berjalan ke arah Zack diikuti rakan-rakannya. dia memegang kolar baju Zack.
"lepaskan pompuan ni..."

"ko sape, doh..?"

"aku cakap lepaskan...sekarang..."

"taknak. dia nak bagi aku duit malam ni."

"aku cakap...LEPASKAN SEKARANG!"

sebiji penumbuk kena tepat pada hidung Zack lalu berdarah. Zack tidak dapat membalas tumbukan itu ke muka kerana penunggang tersebut memakai helmet.
"Azi..lari !" jerit penunggang tersebut.

"Ariq..."

"lari ar..aku suruh ko lari kan..."

Zack menumbuk perut Ariq, lalu pergaduhan pun bermula antara geng Ariq dan geng Zack. Azi pula berlari sekuat hati menjauhi tempat tersebut. Ali mengejarnya. Azi berlari sambil meminta tolong. ia menangis kerana terlalu takut. Ariq dan rakan-rakannya pula masih bergaduh dengan rakan-rakan Zack.
"kenape ko suke sangat menyibuk hah?"

"Azi kawan aku. aku tak nak dia jadi macam kau! teruk !"

Ariq terus menumbuk Zack lagi. Zack terbaring di atas jalan.
"dah lah. mulai sekarang. aku tak nak kau kacau Azi lagi. faham?"

Ariq dan rakan-rakannya mula berjalan meninggalkan tempat tersebut, menuju ke arah motor-motor mereka. Zack dan rakan-rakannya yang seramai 5orang hanya berdiri memerhati dengan muka tak puas hati. tiba-tiba Zack datang meluru ke arah Ariq lalu mencucuk pisau lipat yang dibawanya ke badan Ariq. pergaduhan bersambung lagi. Ariq membuka helmetnya dan cuba menghentak ke kepala Zack. tiba-tiba...
"polis ! kawasan ni dah dikepung. sila menyerah."

Ariq tidak sedar apa yang berlaku kerana pandangannya tiba-tiba gelap.

* * * * *

"Ariq..? Ariq..?"

Ariq membuka matanya perlahan-lahan. di bahagian belakang, sebelah kanannya terasa sakit. pedih. dia memandang sekeliling. di tepi katilnya ialah kakak dan 4 orang rakan yang bersamanya pada malam kejadian.
"syukurlah kau dah sedar. dah 3hari kau pengsan" kata Hafiy.

Ariq terkejut lalu menggosok-gosok matanya.
"Azi?"

"dia dah balik rumah dia. semuanya selamat. polis yang hantar dia balik
haritu."
Ariq duduk perlahan-lahan dengan bantuan Hafiy. dia mengangguk-angguk. kemudian Ariq memandang ke arah kakaknya yang kelihatan sedih.
"kak, sori.. Ariq keluar tak bagitahu..."

"takpe. nasib baik selamat.. haih.. kakak risau betul. dah la awak tu seorang
adik akak."
Ariq tersenyum.
"doktor cakap, esok kau dah boleh balik. kau dah okey kan?"

"aku? kalau boleh sekarang juga aku nak balik."

seluruh bilik hospital tersebut bergema dengan ketawa mereka.
"shhh..hospital."kata Ariq sambil meletakkan jari di mulutnya.dia tersenyum.


* * * * *

"Ariq, thanx. kau dah selamatkan aku," kata Azi ketika melawat Ariq di
rumahnya.
"argh..banyak kau punye 'thanx'. darah aku hari tu, sape nak bayar? sakit
tau tak kena cucuk. ni, belakang badan aku ni dah tak licin tau.. dah berparut.
sape nak tanggungjawab? sape nak kawen dengan aku nanti?"
Azi ketawa. Ariq pula tersengih-sengih.
"ketawe pulak die.. dah.. aku nak, kau bertanggungjawab atas ape yang berlaku
kat aku ni.." kata Ariq dengan muka selamba.

"maksud kau?"

"kau la yang kene kawen ngan aku"

Azi ketawa lagi.
"kita nak spm lah. takkan dah nak kawen kot.."

"oh,, aku ingat, kau dah tak sedar tahun ni nak SPM" kata Ariq, sinis.

Azi yang tadinya gembira, bertukar muram. Ariq tersengih lagi menampakkan lesung pipitnya.
"alolololo..merajuk.. aku main-main jelah. yelah, budak sekolah sains macam kau,
mestila sedar tahun ni nak spm.kan kau orang ni, harapan..nak dapat straight A.
tak macam aku ni..taik.. sampah.."

"ape kau merepek ni?"

"betullah.aku tak layak duduk kat sekolah sains..." kata Ariq sambil matanya
melilau ke arah langit petang.

"gedik!"

mereka ketawa. oh. sudah lama rasanya mereka tidak bergelak ketawa seperti ini...:)

"Azi.. nanti kau mesti dapat straight A+ kan.."

"kau pun same.."

"taklah. aku tak pandai macam kau. kau fasi addmath."

"tapi kau terror addmath jugak"

"addmath jer terror..yang lain banyak error..taik"

"kenapa mesti taik..."

"sebab aku taknak sebut shit"

"kenapa taknak sebut shit?"

"cintailah bahasa kita. bahasa jiwa bangsa, Azi :) "

"kau boleh jadi PM."

"Azi.. nanti kalau kau dapat pegi oversea, jangan lupa aku taw Azi.."

"mestilah."

"mestilah apa? mestilah kau lupa??"

"mestilah aku tak lupekan kau..."

"ye? SAYANG kau, Azi..."


<3

*to be continued*

No comments: