Pages

Thursday, May 20, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 8

esok peperiksaan SPM akan bermula. debaran kian terasa dalam hati pelajar-pelajar Tingkatan Lima di seluruh Malaysia. begitu juga dengan Ariq, walaupun mukanya nampak selamba, tapi di dalam hati, hanya dia dan Tuahn yang mengetahui.
"wooosh.. SPM duh !!" keluh Ariq sambil buku teks Sejarah Tingkatan Lima
dipegang di atas kepala.

"relax lah. akak dulu relax jer mase nak SPM?" kata kakaknya, cuba
menenangkan Ariq.

"ha'ah lah relax.. Ariq tak nak dapat result 'relax' macam akak."
Ariq memandang kakaknya, Aifa dengan senyum sinis. Aifa pula segera mencapai bantal kecil di tepinya lalu membalingnya ke arah Ariq. Ariq ketawa melihat gelagat kakaknya yang macam budak kecil.
"sorry kak. itu tindakan refleks tanpa niat," kata Ariq, bergurau. Aifa
ketawa.


Ariq meletakkan buku teks nya ke atas meja kopi di ruang tamu tersebut. dia kemudiannya mencapai alat kawalan jauh ASTRO lalu menekan butang 'on'. mood nya untuk belajar tiba-tiba hilang entah ke mana. sedang dia asyik menonton televisyen, tiba-tiba telefon bimbitnya berdering. dia segera menjawabnya. tertera nombor telefon awam di skrin.

"helo, Ariq..."

"siapa kau ni?" tanya Ariq dengan nada keras.

"aku lah, Azi..."

"ohh...sayang aku telefon..." suara Ariq tiba-tiba bertukar menjadi lembut.

Ariq segera mencapai segala barangnya di ruang tamu, lalu menuju ke biliknya. di ruang tamu tiada privasi, katanya.
"mimpi apa call aku ni? kau kan busy nak spm."

"tension study. tiba-tiba aje teringatkan kau. esok sejarah. kau dah ready?"

"aku? lebih dari ready.. haha"

"kau ni.. nak spm pun kau boleh main-main lagi..."

"aku tak boleh nak study lah.. asyik ingat kau aje.. kau bawalah handphone.
boleh aku call..mesej ke.."

"tak boleh lah. mummy aku tak bagi. eyt, ok lah. duit syiling aku dah habis."

"tengok tu......"

"bye. good luck esok."

"good l..."


tuut..tuuut..

"WARGH !! Azi..call la balik. aku tension ni..."


* * * * *

hampir sebulan kemudian, peperiksaan spm berakhir. Ariq nampaknya begitu berpuas hati ketika melangkah pulang dari sekolah selepas kertas terakhir, Kimia tamat. dalam hatinya, dia juga gembira kerana mulai petang ini dia sudah boleh berhubung semula dengan Azi. yalah, sejak dia dibuang dari sekolah dulu, jarang benar hendak berhubung, apatah lagi berjumpa dengan Azi. Ariq berjalan ke arah tempat letak motosikal. menghidupkan enjin lalu menunggang ke rumah dengan kelajuan sederhana.
"apsal rasa lain macam sangat ni... brek tak makan ke.." kata Ariq dalam hati
sambil menguji brek motosikalnya.

ternyata motosikalnya sukar untuk berhenti apabila brek ditekan. Ariq meneruskan sahaja perjalanannya ke rumahnya yang agak hampir dengan sekolah.
malam itu, seperti yang ditunggu-tunggu, Azi mengirimkan sms kepada Ariq. Ariq begitu gembira.
"Azi, aku ada benda nak cakap ni." kata Ariq ketika dia menghubungi Azi
pada
malam itu.
"apa dia?"

"sebenarnya, aku... aku suka lah kawan dengan kau."

"oh? aku pun samalah. thanx. kau baik sangat tau, Ariq."

"haha. um.. sebenarnya kan.. haih.. aku tak boleh nak cakaplah. segan."

"cakap jelah. dengan aku pun kau segan ke?"

"sebenarnya aku suka.. suka kat kau..."


Azi ketawa. dia mengatakan Ariq sengaja hendak mengenakannya. Ariq terdiam, tapi kemudiannya dia ikut ketawa. kalaulah Azi dapat melihat betapa merahnya muka Ariq sekarang kerana menahan malu...

*to be continued*

No comments: