Pages

Tuesday, May 25, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 9

"dah lama rasanya tak jumpa kau macam ni." kata Ariq sambil tersenyum. jelas
tergambar kegembiraan di wajahnya.

Azi hanya tersenyum. dia memandang jauh ke depan. sedap betul angin yang bertiup malam ini di tepi pantai ini. romantik. (aww!) Ariq petik-petik gitar kapok di tangannya. lagu Kotak Hati, Hujan. suka sangat dia mainkan lagu itu.
"Azi, kau tahu tak.. ada orang suka kat kau?"

"siapa?"

"nama dia, huruf A jugak. sama macam aku. perangai dia pun sama macam aku. muka dia pun sama jugak dengan aku."

Azi ketawa. Ariq juga ketawa.
"kenapa semua sama dengan kau?" kata Azi sambil terus ketawa.

"sebab..orang tu ialah aku."

Azi terdiam. dia memandang tepat ke mata Ariq.
"janganlah tenung aku macam tu...aku malu lah..."

"Ariq, kau main-main kan?"

"aku tak main-main... aku betul suka kat kau. entahlah. lepas apa yang Zack
buat kat kau dulu, aku rasa aku sayang kau sangat-sangat. aku nak jaga
kau."
Azi terus diam.
"tapi kalau kau tak boleh terima aku, tak apalah. it's ok. aku bagitahu aje..."
kata Ariq sambil tersenyum.

"entahlah, Ariq. aku tak rasa aku boleh terima sesiapa sekarang ni. aku nak
single. cukuplah kau sebagai kawan baik aku. kan?"

Ariq tersenyum lagi. dia mengangguk-angguk.
"maafkan aku eh, Ariq."

"tak apa. aku dah biasa dah. entahlah. aku tak tahu kenapa aku mesti nak cakap
pasal ni, malam ni. patut nya malam ni happy happy aje kan. aku ni, feeling
pulak tiba-tiba. macam lah tak ada hari esok..."

"tak apalah. sekurang-kurangnya, aku dah tahu."

Azi tersenyum. begitu juga Ariq. Ariq memegang tangan Azi.
"aku sanggup tunggu, berapa lama pun untuk kau."

pada jam 9.30 malam iaitu kira-kira sejam selepas berjumpa, Ariq dan Azi mengambil keputusan untuk pulang ke rumah. mereka sangat gembira kerana dapat berjumpa, terutamanya Ariq. indahnya dunia. dia pun tidak tahu kenapa dia terlalu gembira. mungkin kerana dia sudah lama tidak dapat berjumpa dengan perempuan yang amat dia suka ini.

mereka berjalan beriringan ke tempat letak motosikal. Ariq tiba-tiba naik marah apabila salah satu helmet nya telah hilang.
"tak apalah, Ariq. kau pakai helmet lah. lagipun, aku pakai tudung ni. susah nak
pakai helmet tu. nanti tudung tak betul..."

"eh, tak apalah..."

Azi tetap berkeras menyuruh Ariq yang menggunakan helmet yang tinggal. Ariq akur. dia menghidupkan enjin motosikal dan mula menunggang ke rumah. mereka menggunakan jalan pintas untuk pulang ke rumah. kawasannya agak berbukit-bukau, tetapi mengambil masa yang singkat.
ketika melalui salah satu jalan yang menuruni bukit, Ariq merasakan sesuatu tidak kena pada motosikalnya. ya, dia rasa terlalu laju.
"Ariq, slow kan sikit..."

Ariq mula gelisah. berkali-kali dia cuba menekan brek kaki dan tangan namun tiada sebarang perubahan pada kelajuan. baru dia teringat, brek nya memang mempunyai masalah sebelum ini. tapi tidaklah sampai tak makan terus.
"Ariq, slow sikit. aku takut."

"Azi, kau bukakan helmet aku ni."

"kenapa pulak? tengah laju ni. takkan nak buka sekarang?"

"ya, sekarang. kau pakai lah helmet tu."

"kenapa?"

"pakai ajelah."

Azi terus menyarung helmet tersebut ke kepalanya tanpa banyak soal lagi. Ariq pula, dahinya terus berpeluh-peluh. dia memandang ke meter kelajuan yang semakin meningkat. dia tidak tahu apa yang boleh dilakukan ketika itu.
"Azi..."

"ya? kenapa Ariq.. ada masalah ke ni?" Azi dapat merasakan sesuatu tidak
kena.
"tak ada apa-apa. Azi... aku sayang kau."


BOOOM (sebenarnya aku tak tahu accident berbunyi apa)
mptosikal Ariq terbabas lalu melanggar tiang, dengan kelajuan 120km/j. Azi tercampak beberapa meter lalu tidak sedarkan diri, manakala Ariq masih di atas motosikalnya. tangannya memegang kuat hendal motosikalnya, namun matanya tertutup rapat. dan darah memenuhi seluruh muka dan bajunya.

* * * * *

Azi tersedar selepas hampir seminggu ditempatkan di wad. dia membuka matanya perlahan-lahan. dia dapat lihat beberapa orang mengelilingi katilnya. ibunya, adiknya, Aifa, Hafiy... namun, wajah yang diharapkannya tiada. Ariq tiada.
"mana Ariq?"

semua yang ada di situ berpandangan sesama sendiri. ibu Azi kemudian memeluknya dan berbisik ke telinganya,
"Ariq dah tak ada..."
*to be continued*

No comments: