Pages

Tuesday, May 25, 2010

Aku Dan Sesuatu pt. 10 *END

(kembali menjadi Azi :) )

aku tersedar dari lamunanku. di tanganku masih sekeping kad dedication hijau. aku membaca tulisan di atasnya buat kesekian kalinya. tanpa ku sedari, ada setitik air jernih jatuh ke atas kad tersebut. aku cepat-cepat mengelap air tesebut yang keluar dari mataku, supaya tiada siapa yang perasan, aku sedang menangis.

sepatutnya aku gembira sekarang. kerana mendapat tajaan ke kolej yang aku impi-impikan. tapi tiba-tiba sahaja terasa sedih. kerana aku teringatkan Ariq. Ariq yang telah pergi meninggalkan aku, meninggalkan dunia ini.

ARIQ... nama ini tidak mungkin dapat aku lupakan. dia banyak mengajarku tentang segalanya. tentang erti persahabatan, kasih sayang... semuanya! kadang-kadang aku menyesal kerana tidak menerimanya. kalaulah aku tahu, itu adalah hari terakhirnya...

selepas beberapa hari tragedi tersebut, keputusan siasatan menunjukkan bahawa brek motosikal Ariq gagal berfungsi. itulah sebabnya motosikal itu meluncur begitu laju malam itu. Ariq menyedarinya, lalu menyuruh aku memakai helmet. dia ingin aku selamat, walaupun dia tahu, dia yang bakal menerima akibatnya. aku sangat terharu kerana mempunyai seorang rakan seperti Ariq. dia sanggup melakukan apa sahaja untuk keselamatan aku.

aku tidak dapat menahan lagi air mata ini dari tumpah. aku mencari-cari lagi kalau-kalau ada kenangan lain yang Ariq tinggalkan bersamaku. Ariq, aku rindu sangat kat kau. kalaulah kau dapat mendengarkan aku sekarang, aku nak sangat kau tahu yang sebenarnya aku juga sayang pada kau. aku rasa, keputusan yang aku buat pada malam kau meluahkan segalanya ialah keputusan paling bodoh yang pernah aku ambil. aku minta maaf.

kau tunggu aku di sana ya. semoga kau bahagia, dan ditempatkan dalam golongan orang-orang beriman.

Amin...:)

THE END

No comments: