Pages

Thursday, June 10, 2010

almost alice

namaku liz. masa kecil, ramai yang memanggil aku Eliz, mungkin kerana aku obses Alice in Wonderland. atau mungkin kerana aku lahir di Hospital Queen Elizabeth. pfftt~ takde kaitan kot. sebagai seorang lepasan SPM, aku kini berkhidmat sepenuh masa dengan rumahku, laptop dan handphoneku. tapi, memang 90% waktu siangku aku habiskan di katil, atau mungkin di sofa. melayan karenah mata yang tak pernah puas untuk tidur. 9 jam tak cukup. 10 jam tak cukup. mungkin aku perlu 24 jam untuk tidur. ok tak. tu kerja gila.
malam pula aku aktif. online sana sini. facebook, twitter, blogger, dan yang terbaru, formspring. ya, itu yang terbaru bagi aku kerana aku taklah se-up-to-date mereka-mereka yang lain. kadang-kadang, aku akan log in juga ym, tapi selalunya aku akan appear offline je. invisible. aku memang orang yang suka ketenangan. suka keseorangan. tapi kadang-kadang aku suka berkawan juga. ya, kadang-kadang. kawan baikku ialah arnab peliharaanku, Bunny.
satu malam, aku tak dapat online. pergi menonton late-night show di jusco tebrau. cerita Alice in Wonderland. aku sangat teruja untuk menonton cerita tersebut kerana namaku (hehe) lagipun aku dah selalu sangat baca pasal benda itu dari kecil. malah masa story telling di tadika kemas dulu pun, aku memilih cerita alice in wonderland. malangnya, ketika itu aku baru berusia 5tahun, jadi cikgu pilih budak 6tahun untuk mewakili tadika. oleh kerana kecewa, aku pindah sekolah pada tahun berikutnya. (ok ni tipu je. aku pindah sebab mummy aku) entahlah. aku rasa seperti hidup dalam cerita itu. aku nak jadi ALICE! nak jadi ALICE!!! walaupun aku menguap beberapa kali, aku nak juga mengakui yang cerita tu best. efek menarik. seronok! bukan sekadar untuk budak tadika, malah seronok untuk mak budak juga. mungkin.
tiba di rumah pukul 3pagi. aku duduk di sofa, memerhatikan arnab peliharaanku yang masih belum tidur. entah bila lah Bunny nak tidur kan? tiba-tiba aku terpandang seutas jam di kaki Bunny. eh? Bunny pakai jam pulak? sejak bila? lagi aku pelik, bila aku kelip mata, aku lihat Bunny berbaju pula. wah. ini macam magik!
aku kemudiannya melangkah masuk ke bilikku. aku meletakkan beg selimpang ku di tepi sebuah meja di bilikku. di atas meja tersebut ialah figura (figurakah namanya?) ulat beluncas biru yang merupakan salah satu watak dalam Alice in Wonderland) dan sebiji pasu pemberian rakanku, terisi dengan bunga-bunga putih, harum dengan bauan Lovely Lace. aku memandang sekilas ke arahnya. bunga merah?? ya, ada sekuntum bunga merah di situ. berus yang aku gunakan untuk Pendidikan Seni Visual ketika di SAMURA dulu pula elok terletak bersama sebotol BUNCHO merah di tepi pasu kecil itu. aku memegang berus itu, dan entah kenapa aku mewarnakan bunga putih menjadi bunga merah.
aku semakin bingung. apa ni? aku kemudiannya melangkah keluar semula dari bilik. tiba-tiba aku disapa seorang lelaki bertopi. abangku? abangku si pembuat topi? dan dia menyuruhku memanggilnya Hater. haha. suka hati kau lah labu. pelik-pelik saja. dan tiba-tiba mukanya berubah sedih. dia mengatakan ada dua buah bala tentera sedang berperang di tengah-tengah Pekan Nanas sana. dan dia mengatakan aku ialah orang terpilih untuk menyelesaikan segalanya. dengan sekelip mata baju dan jeans ku bertukar menjadi baju besi. dan dengan Proton Persona kakakku, aku diterbangkan ke medan peperangan. ada askar merah dan askar putih di sana. permaisuri mereka juga ada di sana. askar-askar putih ialah kakak-kakakku, eka dan ana. manakala askar merah ialah anak bapaku bersama ibu tiri, iaitu iskandar dan muszaphar. permaisuri bagi kumpulan putih ialah ibuku. (hah??) dan aku lihat pula permaisuri di sebelah merah. IBU TIRIKU!!
aku mengeluarkan pedang dari sarungnya. (poyo je) dan bersedia untuk bertempur sama. sudah semestinya aku akan menyebelahi pihak putih! tiba-tiba datang seorang gergasi yang mewakili kumpulan merah. dia besar sedikit daripada aku. konon-kononnya itu ialah lawan sepadan untukku. aku memandang ke arah mukanya. itu muka bapaku. ah. tak kira apa pun. aku sedang berperang. sambil menjerit dengan penuh semangat, aku melompat ke depan. aku menghunus pedangku ke arah gergasi itu. HAIYARK!!!
tiba-tiba kepalaku terasa sakit sangat. seperti terhentak batu. pandanganku berpusing. aku terlihat Bunny menunjuk-nunjuk jam di tangannya. "masa hampir tiba!" aku tidak faham apa-apa. pandanganku gelap.

* * * * *

apabila aku membuka semula mataku, di tanganku ialah sebatang lolipop yang sudah hampir hancur. aku masih ber-tshirt dan jeans, pakaian yang aku pakai ketika menonton wayang. kepalaku ketika itu di kaki sofa, tapi badanku masih di atas sofa tersebut. aku segera bangun. duduk. memandang ke arah Bunny yang berada dalam sangkarnya. aku membuka sangkarnya. membelek-belek kalau-kalau dia memakai jam tangan dan baju seperti yang aku baru lihat tadi. tidak pula.. aku pelik. aku kemudiannya ke bilik. hmm.. bunga putih masih elok berwarna putih, dan berus PSV aku serta BUNCHO masih elok terletak di dalam beg. aku kembali ke ruang tamu. ibu, abang, adik dan kakak-kakakku semuanya di situ. memerhatikan aku dengan muka tahan gelak.

"dah puas jadi pahlawan selamatkan tentera putih? ni mesti sebab obses
sangat dengan Alice in Wonderland." kata adikku.

fine. aku bermimpi. apa punya mimpilah.. memalukan. aku tak mahu jadi Alice lagi. dan aku yakin budak-budak yang sibuk nak jadi alice dulu, sebab nak jumpa Hater, nak jumpa beluncas biru, nak jumpa rabbit pakai jam dan segala benda pelik lagi, pasti dah fikir dua kali. mesti korang semua tak nak jadi Alice kan, adik-adik? ^_^

ps : mood budak tadika kerana menaip post di tabika perpaduan pekan nanas A. idea datang tiba-tiba. hehe. bye. thanx 4 reading. do come again.

No comments: