Pages

Tuesday, October 19, 2010

ini kaki aku bukan kaki kamu

aku ada kaki
kaki aku guna untuk berdiri
aku ada kaki sendiri untuk berdiri sendiri
aku tak perlu lagi kaki kau
jadi tak perlulah kau hulur lagi
kaki kau

aku baru jumpa kaki sebenar aku
rupanya selama ini aku terlalu bergantung
pada kaki kau
dan bukan kaki aku sendiri

cuma sekarang
aku dapat rasa
yang kaki aku sudah ada kekuatan sendiri
tak perlu lagi kau sokong2 aku
dengan kaki kau
yang sebenarnya hanya menampung diri kau sendiri
dan biarkan aku tergantung
aku sangka kaki kau yang membantu aku berdiri selama ini
rupanya tidak
kau biar aku terjatuh

tapi
terima kasih kerana membiarkan aku jatuh
dan tidak menangkap
kerana sekarang
aku dapat tahu kekuatan sebenar kaki aku

ini kaki aku
bukan kaki kamu.

No comments: