Pages

Thursday, November 4, 2010

if only i can turn back time


kalau lah saya boleh patah balik ke masa lampau. apa saya nak buat?
kalau boleh pusing balik masa, mesti awak tak nak kenal dengan saya kan?
ini ialah apa yang awak selalu kata pada saya. semuanya sebab hubungan kita umur pendek. baru berapa bulan dah putus di tengah jalan. saya memang sedih. tapi saya tak pernah sikit pun menyesal kenal dengan awak. saya gembira sangat sebab berpeluang kenal dengan awak.

melalui awak saya belajar banyak benda. saya mula dekatkan diri pada fotografi. awak tak ajar saya. tapi saya yang semakin memupuk minat tu bila saya bersama awak. sebab saya nak jadi macam awak. macam awak, family awak dan kawan awak. saya kagum dengan hasil seni awak dan mereka. saya nak jadi macam awak.

dari awak saya praktik balik apa yang saya pernah tinggalkan - SENI. saya pernah belajar menari dan saya berhenti. tapi bila bersama awak yang pandai menari, saya susun balik langkah saya. saya pun nak jadi hebat menari juga.

saya suka melukis. dan rupanya awak pun sama. selama ni selepas sekolah saya hanya biarkan barang seni saya di dalam beg. tapi bila tahu yang awak juga minat lukisan, saya dekatkan kembali diri saya pada lukisan. saya lukis muka awak. saya sendiri tak sangka saya boleh lukis muka awak. memanglah tak serupa, tapi adalah sikit. dulu awak pernah cakap nak lukis muka saya, tapi tak kan? awak cuma lukis muka dia. tak apalah awak, saya tak kisah pun. mungkin muka saya tak layak untuk jadi hasil seni awak :)

awak suka buat rubix cube. bila kita keluar saya akan bawa kiub saya sebab saya tak pandai siapkan sendiri. jadi saya minta awak siapkan. awak ada ajar saya tapi saya tak reti juga. tapi lepas awak tinggalkan saya, saya mula belajar lagi buat kiub ni. dan sekarang saya dah pandai :) jadi saya tak payahlah suruh awak buatkan lagi. lagipun, macam manalah awak nak buatkan kan... sebab itulah saya belajar selesaikan sendiri.

bila saya kenal awak, saya belajar untuk sayangkan orang lain lebih dari sayangkan diri sendiri. saya sayang awak lebih dari saya sayang diri saya sendiri. entah. saya pun tak tahu kenapa boleh jadi macam tu. mungkin sebab saya ingat awaklah yang terakhir untuk saya. jadi saya bagi sepenuh hati saya pada awak. ya. mungkin sebab saya dah penat bagi semua effort saya untuk buat awak sayangkan saya. jadi bila awak pergi saya tak dapat terima kenyataan. tak apalah. itu salah saya bukan salah awak :')

bila awak tinggalkan saya, saya mula faham yang hidup ni memang banyak dugaan. dan saya juga mula sedar yang manusia ni tak pernah sempurna dan tak pernah puas dengan apa yang dimiliki. saya tahu saya ni tak lah setanding orang lain untuk buat awak suka dekat saya. cuma saya dah cuba untuk hargai apa yang saya ada. dulu saya ada awak dan saya hargai awak :) tapi memang kadang-kadang kita tak pernah puas hati dengan apa yang kita ada. mungkin sebab itu awak pergi. tapi tak apalah. at least awak dah bagi saya sedikit kesempatan untuk menyayangi awak :)

awak. kalau lah saya boleh undurkan masa. saya tak akan minta untuk tak mengenali awak. saya gembira sebab saya diberi peluang kenal awak. cuma mungkin, saya akan minta saya kenal dengan awak awal sikit, sebelum awak kenal dia. awak tahu kan ada orang tak suka saya rapat dengan awak. sebab dia dah rapat dengan awak dulu, dia anggap saya perampas. kalau lah saya kenal awak lebih dulu daripada awak kenal dia, mesti tak jadi macam ini.

kalaulah saya kenal awak lebih awal, mungkin sampai sekarang pun awak masih sayangkan saya...

tapi mungkin juga itu cuma angan-angan saya je. walau apa pun, saya nak awak tahu. saya tak pernah menyesal kenal awak :)
awak.
saya sayang awak.

No comments: