Pages

Thursday, November 4, 2010

saya tak gila.

Serina melangkah gagah dari kenderaan stesen TV tempatnya bekrja, menuju ke pintu masuk Hospital Permai. Kali ini dia ditugaskan memerhati dan membuat ulasan mengenai kehidupan para pesakit yang tinggal di hospital tersebut. Baginya, tugasan seperti ini menarik juga. Hospital permai seperti ini, setahunya tidak begitu banyak terdapat di Malaysia. Dua yang diketahuinya ialah hospital tempat dia berdiri sekarang, dan satu lagi di Tanjung Rambutan.

Selepas menyelesaikan segala apa yang patut di kaunter masuk, Serina mengikut pekerja hospital tersebut, melihat-lihat keadaan para penghuni. Mereka Nampak ceria sahaja. Mereka seperti mengalu-alukan kedatangan Serina dan krew stesen TV. Di suatu sudut yang lain pula ada pesakit yang agak berlainan lagaknya. Ada yang termenung. Dan ada juga yang bermurung.

Serina tertarik untuk mendekati seorang pemuda yang asyik termenung di tepi tingkap. Di tangannya ada sekeping gambar namun bila Serina meminta kebenaran untuk melihatnya, lelaki itu enggan menunjukkannya. Para pekerja di situ juga tidak pernah melihat gambar tersebut. Menurut mereka, sejak pemuda itu ditempatkan di situ, dia memang sentiasa memegang gambar tersebut.

Serina menarik sebuah kerusi ke sebelah pemuda tersebut. Dia duduk dan mula menegur. Pemuda itu merenung sebentar wajah Serina, kemudian mula bersuara. Katanya, para pekerja di situ memberikannya nama baru. Aman. Entah kenapa dia diberi nama itu, dia sendiri tidak tahu.

Pada pandangan Serina, Aman tidaklah kritikal mana. Pada pandangannya Aman hanya seperti orang biasa. Tidak Nampak pun cirri-ciri seorang pesakit Hospital Permai pada Aman. Cuma kemurungan. Itu sahaja. Serina mengagak umur Aman lebih kurang dengannya. Mungkin dalam lingkungan 23 tahun.

“Saya tak gila. Saya Cuma tak ingat,” kata Aman apabila ditanya kenapa dia ditempatkan di hospital tersebut.

“Saya tak cakap awak gila...”

“Apa yang saya ingat, ...”

“Apa dia? Ceritalah pada saya. Saya berminat sangat nak tahu..”

“saya.. saya tak ingat apa-apalah,” kata Aman, Nampak sangat dia menyembunyikan sesuatu. Buat kesekian kalinya dia merenung kea rah gambar yang dipegang kemas di tangan kanannya. Serina mencuri-curi tengok kea rah gambar tersebut. Nampaknya seperti gambar seorang perempuan, bertudung.

“Dia... dia cantik sangat, kak. Dia baik sangat. Saya sayang dia sangat,” kata Aman memulakan ceritanya.

Serina mula dapat mengagak apa yang bakal diceritakan oleh Aman. Benar, Aman Nampak normal. Dia Nampak beremosi.

“Saya kenal dia lama, kak. Masa itu saya sekolah lagi. Dia selalu tolong saya bila saya tak tahu. Dia baik sangat. Dia pandai. Semua orang suka kawan dengan dia. Saya pun suka sangat kawan dengan dia.”

“Saya rasa masa tu saya dah makin sayang dekat dia. Jadi saya ajak dia jadi girlfriend saya. Dia tak menolak. Maksudnya dia sayang saya juga lah kan, kak? J “ Aman tersengih ke arah Serina. Serina pun tersengih melihat gelagat Aman (ya kadang-kadang dia memang Nampak macam psiko)

“Saya dengan dia rapat sangat. Sampai satu hari, saya telefon dia tak dapat. Tiba-tiba saya dapat tahu dia dekat hospital. Saya pun pergi hospital tu. Masa saya datang, dia tak sedar. Dia tidur je... tapi masa dia tidur pun dia cantik juga J

“Doktor cakap dia sakit. Kena buat pembedahan, kosnya adalah dalam RM10,000 kot..lebih kurang macam itulah. Saya pun tak ingat sangat. Masa doctor cakap tu, saya ada kat situ dengan keluarga dia. Saya ingat saya nak tolong dia...”

“Saya selalu contact adik lelaki dia. Sebab nak bincang pasal kos tu. Masa tu saya sekolah lagi, memang tak ada duit. Tapi saya nak sangat tolong. Jadi saya pun kerjalah sikit-sikit. Kerja kilang... kerja kedai makan... hari minggu pula saya tolong seorang abang tu meniaga. Meniaga barang baik, kak... hehehe”

“Sampai satu masa tu doctor cakap dia mungkin kena cepat jalani pembedahan tu. Tapi masa tu keluarga dia ada dalam RM7,000.. emm..ha betul lah 7,000 sebab saya ingat lagi, saya kena cari RM3,000,” kata Aman sambil termenung-menung mengira. Serina pula semakin khusyuk mendengar.

Saya pun pening lah macam mana nak cari duit tu kan. Saya dah kerja pun tak dapat nak cukupkan duit tu. Keluarga dia semua macam dah pasrah je. Tak guna betul! Tak sayang anak sendiri ke?! Kalau saya jadi bapak dia saya akan cari juga duit untuk selamatkan dia.”

Aman mula agresif. Serina menjauh sedikit. Aman yang sedar akan perlakuan Serina itu meminta maaf. Dia meneruskan cerita.

“Saya cerita masalah saya dekat abang yang jual barang baik tu. Dia bagi cadangan banyak. Tapi semua macam cadangan tak guna je. Tapi entahlah. Saya rasa masa tu saya macam terdesak sangat. Saya nak dia terus hidup...”

“Jadi saya teruskan lah idea abang tu. Dia ajar saya meragut. Saya pun buat kerja tu tak kira masa. Sebab saya nak cepat kumpul RM3,000 tu. Doctor cakap masa tak banyak. Saya pun meragut pagi petang siang malam. Lepas berapa lama buat kerja tu, saya dapatlah kumpul dalam RM2,000. Seribu je lagi, kak, SERIBU!”

“Satu hari, saya pergi meragut lagi. Masa tu saya pergi seorang lah. Tengah hari, hari minggu. Saya tarik beg seorang makcik tu. Tapi dia pegang kuat sangat. Saya ingat lagi, saya bawa motor laju-laju sebab nak bagi dia lepaskan beg tu. Dia jerit-jerit. Saya seret dia lama lah juga. Kak, saya Nampak darah dia...”

“Saya tak berapa ingat apa yang saya buat. Tiba-tiba makcik tu dah lepaskan beg dia. Dari side mirror saya Nampak makcik tu terbaring tepi jalan. Mungkin saya sepak dia ke tepi. Saya tak ingat sebab saya takut sangat... lepas tu saya terus press lagi motor saya. Tapi entah. Hati saya macam lain masa tu...”

“Yang saya ingat saya brek. Saya berhenti tepi jalan. Saya ingat saya nak pergi bagi balik makcik tu beg dia. Saya nak tolong dia. Saya harap sangat makcik tu tak mati. Saya rasa tak patut saya nak selamatkan girlfriend saya daripada mati, sampai buat orang lain yang mati. Saya turun dari motor dan pusing. Tiba-tiba helmet saya kena pukul kuat, sampai tercabut. Saya terkejut. Sedar-sedar saya dah baring dan ada lah dalam 5, 6 orang tengah pukul saya. Ada pakai kayu. Ada yang sepak-sepak saya. Lepas itu saya tak sedar. Masa itu saya peluk beg makcik tu.”

“Saya sedar dekat hospital, ada polis. Ada keluarga dia. Dia pun ada. saya senyum sebab gembira dia hidup. Saya tak rasa sakit sangat masa tu sebab saya dapat tengok dia. Saya senyum lama, tapi dia masam je. Keluarga dia pun sama. Lepas itu diorang keluar dari bilik tempat saya terbaring. Lepas itu polis pula datang dekat. Saya tahu kenapa, saya meragut. Mesti masuk penjara. Tapi yang saya lagi terkejut, rupanya makcik tu meninggal. Jadi? Patutnya saya pun kena hukum mati juga kot.”

“Tapi sebab masa tu saya sekolah lagi, saya dihantar pergi sekolah budak jahat. Susah kak hidup saya. Dekat sana memang semua jahat gilalah. Saya kena buli. Kena pukul tapi saya tak kecoh sebab saya takut. Saya tak sabar nak keluar dari sana. Tapi bila fikir balik bila keluar saya nak duduk mana. Semua orang dah buang saya.”

“Satu hari saya kena buli dengan gangster dekat sana. Saya kena tolak kepala. Itu perkara biasalah, kak. Tapi entah kenapa hari tu... tiba-tiba je saya Nampak ada pisau dekat tangan saya. Dan seorang daripada yang buli saya tu dah terbaring dengan darah. Yang lain tengok saya dengan muka takut.”

“Saya dibawa pergi hospital. Mereka kata saya gila. Banyak kali saya cakap, saya tak gila. Mereka kata, orang gila memang takkan mengaku dia gila. Jadi saya cakap saya gila. Dan akhirnya saya ada dekat sini. Doctor pun cakap saya gila.”

“Biarlah orang nak cakap saya gila. Yang penting saya tahu saya tak gila. Saya Cuma tak ingat masa saya buat benda tu. Orang cakap saya ni pembunuh sebab saya dah bunuh orang. Saya buat macam itu sebab dia, kak. Saya Cuma nak selamatkan dia tapi akhirnya saya yang kena.”

“tapi apa pun jadi...saya sayang dekat dia. Dia seorang je ada dalam hati saya. Walaupun saya gila, saya tetap sayangkan dia.”

“Cuma saya tak ingat nama dia...mungkin sebab saya gila. Jadi betul lah maksudnya saya gila kan J

Serina memerhatikan wajah Aman betul-betul, sambil mengelap air mata yang jatuh. ‘dia’ yang diceritakan oleh Aman dari tadi seperti sesuai sangat dengan dirinya. Ketika dalam Tingkatan 4 Serina pernah disahkan memiliki tumor di bahagian kepalanya, tapi nasibnya baik kerana Berjaya menjalani pembedahan. Dan ada seorang lelaki yang pernah singgah dalam hidupnya dulu, yang dia tidak pernah lihat lagi semenjak dia pulih.

Itulah “Aman” atau nama sebenarnya Amar. Serina segera meminta diri dan sepanjang perjalanan air matanya tidak berhenti mengalir selepas mengetahui perkara sebenar yang telah menimpa Amar selepas dituduh meragut dan membunuh, 9 tahun lalu...

Amar, i love you too :')

No comments: